Monday, April 26, 2010

MIMPI..

Inginku...lukiskan nota-nota...
Laguku..mengikut rentak gitar...
Dengarkan suara..mimpiku bertemakan namamu...Senantiasa selalu...
Sedalam tinggi...seluas jauh..
Begitulah cita-citaku...sekiranya kau ingin tahu...
Selama ini...hingga ke akhirnya...
Suka duka senyum selalu...Kita bersama punya satu...
Mimpi...

haaa...begitu indah lirik lagu Daniel Lee..pernah menang Malaysian Idol bagi sapa-sapa yang tak kenal..MIMPI...sejak kecil saya banyak sangat mimpi..ada yang di capai..ada yang hampir tercapai..ada yang tak tercapai..yang tercapai tu sebab mustahil pun nak gapai..nama lagi MIMPI kan..
''bila saya besar,saya nak jadi doktor''..itulah yang selalu tercatat dalam buku karangan bahasa melayu sekolah rendah darjah 1 sampai darjah 6..Masuk tingkatan 1,mimpi dah bertukar tapi kabur dan macam tiada fokus..masih lagi DOKTOR sebagai cita-cita utama..tapi dibayangi cita-cita lain..dah besar kan..mula la berkhayal..macam-macam lah nak jadi bila besar nanti..dan ia berlalu begitu sahaja..
Masa di tingkatan 5,bila saya tengok pelajar2 malaysia yang belajar di luar negara buat ucapan raya untuk keluarga,saya berangan yang satu hari nanti saya akan berada di tempat mereka..dan yang pasti saya tak kesah bidang apa pun saya belajar di negara asing tu..asalkan saya dapat naik kapal terbang dan berada di sana....fuuhh..bahagianya dalam hati dapat bermimpi..dan...mimpi tu separuh saya dapat gapai..saya dapat tawaran belajar di Universiti Malaysia Sabah..maknanya dapat naik kapal terbang...alhamdulillah..Tuhan makbulkan mimpi saya..walaupun bukan luar negara..
Makin dewasa..mimpi pun makin besar...tapi..bukan senang nak gapai..saya mimpikan keluarga yang bahagia..alhamdulillah Tuhan kabulkan..malah Tuhan bagi lebih dari apa yang saya mimpikan..suami yang cukup penyayang..anak yang comel..rumah yang lengkap perkakasannya...alhamdulillah..
Ada lagi beberapa mimpi yang macam mustahil nak dicapai..tapi..selagi saya dapat usahakan..saya akan berusaha menggapainya..Tak salah bermimpi kan..kerana dari mimpilah kita ada matlamat..bila ada matlamat..kita ada fokus dan kita akan cuba usahakannya walaupun mengambil masa yang panjang..mungkin kita takkan tahu hasilnya sehinggalah kita dapat..mungkin lebih dari yang di mimpikan..hanya Tuhan yang tahu..teruskan bermimpi dan berusaha..Tuhan akan membantu..InsyaAllah

Monday, April 5, 2010

PENYAKIT HATI

Kenapa agaknya orang menyebar fitnah dengan sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatannya itu?Tidakkah mereka mereka itu sedar yang membuat fitnah yang sah sah PALSU itu adalah BESAR dosanya daripada membunuh..(kalaulah DOSA itu boleh nampak bentuknya macam seketul batu,agaknya tak ada sesiapa pun yang berani membuat kemungkaran di bumi Allah ni)..
Apa yang dah berlaku ni..???
Dengan suasana dan keadaan semasa sekarang..sesiapa pun berani membuat cerita yang tak pernah berlaku pun demi untuk memuaskan hati masing-masing..Kesannya..hilanglah kehormatan dan kepercayaan org lain pada orang orang yang difitnah itu..
Apatah lagi mereka mereka yang melontarkan fitnah ini adalah dari golongan yang 'ada'..bijak..berilmu..Apa yang mereka nak buktikan?
Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan membuka pintu hati mereka ke jalan yang lurus..jalan yang benar

Wednesday, March 31, 2010

BERMULANYA EPISOD BARU...



Assalamualaikum..dah lama sangat tak menaip di blog saya ni..Agaknya apa yang baru ye..Hmmm..
Tanggal 20 Jun 2009 pada jam 6.15 pagi di bilik bedah HUSM Kubang Kerian...Aiman Haziq telah dilahirkan secara pembedahan..Berat aiman 3.46kg..agaknya terlalu besar dan kedudukannya serong dari laluan keluar, saya dibedah..
Kronologi kelahiran Aiman Haziq:-
...19 Jun 2009...mula terasa sakit bermula awal pagi
....tengahari dihidangkan nasi
....jam 4 petang..dihidangkan roti dan air milo..tapi tak sempat habiskan roti kerana sakit menyerang
....masuk bilik doktor untuk check laluan bayi
.....alamak...dah 5cm...kena masuk labour room
...19 Jun 2009...Labour Room....baring di atas katil tanpa sebiji bantal pun..hmm..sakit sangat sangat
...setiap 3 jam laluan di check oleh doktor yang amatlah muda(rasanya doktor praktikal atau baru keja atau tak kawen lagi)..check laluan punyalah kasar..sakit sangat..hishh..kalau tak pikir tengah sakit tu..agaknya dah kena penerajang doktor tu
...20 Jun 2009...Dalam jam 3 pagi...doktor tu sekali lagi check jalan..tapi masih 9cm dari petang 19 Jun lagi..Sudahnya..dia suruh teran..(tapi tak ajar camana nak teran dengan cara yang betul)..saya ni teran sesuka hati..bayi tak keluar jugak...
...dekat jam 5 pagi..datanglah doktor yang agak berpengalaman...dia marah pulak kat saya pasal saya bagitau kat dia saya teran tapi baby tak keluar.
...HAAAAA....Kenapa????Kenapa aku di marah????
...HISH>>>ni doktor pompuan muda tu punya pasal lah...Doktor tua tu kata..tak boleh teran kalau laluan baru 9cm..hadoii...takde pulak si doktor muda tu..nak je saya lapor kat doktor yang tua pasal ni
...doktor tua check laluan..masih 9cm..dia suru sabar dan tunggu lagi 3 jam..Ya Allah..saya dah tak tahan sangat..tenaga pun makain hilang..badan makin lemah..saya buat keputusan mintak dibedah..Doktor nasihatkan saya pasal risiko bedah tapi saya tetap buat keputusan nak bedah kerana terlampau sakit..
...saya mintak kebenaran suami..dan suami mengizinkan..kesian dan sedih melihat keadaan saya
...20 Jun 2009....Jam 6.00 pagi..saya di bius...saya sedar tapi dari pinggang ke bawah..rasa macam lumpuh...kesan ubat..
...Jam 6.15 pagi...aiman haziq selamat dilahirkan...rasa amat terharu tatkala melihat wajah comel yang masih diselaputi darah..aiman haziq tak menangis..mata dia cerah seperti tergamam melihat dunia buat kali pertama
...aiman di azankan oleh abah saya..mungkin suami saya tergamam kerana melihat bayi kami..dia mengizinkan aiman haziq di azankan bapa mentuanya


DI WAD IBU DAN BAYI...
aiman haziq disahkan kena kuning..selama 3 hari dia perlu tidur dalam inkubator khas berlampu biru tapi dia menangis tiap kali di masukkan dalam bekas tu..saya kesian tengok dia menangis..jadi saya abaikan arahan misi..Akibatnya kuning haziq makin tinggi..dia terpaksa ditahan di Wad Kanak kanak..sementara saya pula dibenarkan balik..Alangkah sedihnya saya sewaktu melihat haziq dibawa pergi oleh misi..saya menangis...
Saya meminta izin suami untuk bermalam temankan haziq di wad walaupun keadaan saya kurang stabil(akibat pembedahan)..misi di wad kanak kanak tidak menggalakkan ibu bersalin bedah untuk menunggu bayi mereka tapi saya berkeras dan sanggup menghadapi apa saja risiko asalkan saya dapat bersama anak saya..aiman juga perlu menyusu badan..
Bermula malam sampai lah ke pagi..aiman haziq berjaya di letakkan dalam inkubator khas tapi tiap sejam dia akan sedar..saya sanggup berjaga asalkan aiman haziq tidur bawah lampu khas tu..
Pagi esoknya...darah aiman haziq di uji..alhamdulillah..aiman dah sembuh dari kuning...sayalah yang paling gembira kerana saya dapat bawa aiman balik hari tu juga...

Itulah pengalaman saya melahirkan aiman haziq..inilah hero saya..dah besar dan amatlah aktif



Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Chai

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada kaum Cina di seluruh Malaysia..
Berbalik pada saya..cuti sekolah selama 3 hari bermula isnan hinggalah hari rabu..cuti memangla seronok sebab dapat rehatkan diri..tapi kurang best sebab tak dapat balik kampung...isk..isk..isk...sedih betul..Hajat nak bercuti di kampung terpaksa dipendam sebab suami keja berselang-seli dengan cuti..tak dapat cuti panjang..kena keja..
Cuti yang agak panjang ni dapatlah digunakan sepenuhnya untuk mententeramkan jiwa..memandangkan saya akan menghadapi karenah pelajar menjelang bukanya sekolah hari khamis bersamaan 29hb Jan 2009.Tanggungjawab tetap akan dilaksanakan dengan penuh amanah.

Wednesday, January 21, 2009

Guru Sandaran Tak Terlatih @ GSTT

assalamualaikum..
Alhamdulillah...pada 5 Januari 2009 yang lalu, saya diminta oleh PPD Gombak untuk melaporkan diri sebagai GSTT di Sek. Men. Keb. Gombak Setia.Minggu pertama lapor diri, saya diberi tugas mengajar Sains Form 1 dan 3. Tugasan yang agak mencabar memandangkan saya tiada latihan perguruan dan tak terlatih..sebab tu lah jawatan guru ni dinamakan "Guru Sandaran Tak Terlatih"..Namun alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun di uji dengan ragam 'hero' dan 'heroin' kelas. Pengalaman paling best, Form 2RS yang menduduki tangga agak terbawah dalam ranking susun atur kelas. Saya terpaksa meninggikan volume suara walaupun sedang berbadan dua memandangkan keadaan kelas yang tidak terkawal dan terlalu bising. Nasib baik lah baru Form 2..saya memulakan pelajaran dengan brain wash satu kelas..mungkin kerana niat saya yang suci murni untuk mendidik mereka..alhamdulillah kelas di hari yang berikutnya agak terkawal dan mendengar perintah..Mungkin inilah cabaran yang terpaksa diharungi oleh guru-guru saya di suatu ketika dahulu dalam perjalanan untuk mendidik pelajar menjadi INSAN..