Monday, April 26, 2010

MIMPI..

Inginku...lukiskan nota-nota...
Laguku..mengikut rentak gitar...
Dengarkan suara..mimpiku bertemakan namamu...Senantiasa selalu...
Sedalam tinggi...seluas jauh..
Begitulah cita-citaku...sekiranya kau ingin tahu...
Selama ini...hingga ke akhirnya...
Suka duka senyum selalu...Kita bersama punya satu...
Mimpi...

haaa...begitu indah lirik lagu Daniel Lee..pernah menang Malaysian Idol bagi sapa-sapa yang tak kenal..MIMPI...sejak kecil saya banyak sangat mimpi..ada yang di capai..ada yang hampir tercapai..ada yang tak tercapai..yang tercapai tu sebab mustahil pun nak gapai..nama lagi MIMPI kan..
''bila saya besar,saya nak jadi doktor''..itulah yang selalu tercatat dalam buku karangan bahasa melayu sekolah rendah darjah 1 sampai darjah 6..Masuk tingkatan 1,mimpi dah bertukar tapi kabur dan macam tiada fokus..masih lagi DOKTOR sebagai cita-cita utama..tapi dibayangi cita-cita lain..dah besar kan..mula la berkhayal..macam-macam lah nak jadi bila besar nanti..dan ia berlalu begitu sahaja..
Masa di tingkatan 5,bila saya tengok pelajar2 malaysia yang belajar di luar negara buat ucapan raya untuk keluarga,saya berangan yang satu hari nanti saya akan berada di tempat mereka..dan yang pasti saya tak kesah bidang apa pun saya belajar di negara asing tu..asalkan saya dapat naik kapal terbang dan berada di sana....fuuhh..bahagianya dalam hati dapat bermimpi..dan...mimpi tu separuh saya dapat gapai..saya dapat tawaran belajar di Universiti Malaysia Sabah..maknanya dapat naik kapal terbang...alhamdulillah..Tuhan makbulkan mimpi saya..walaupun bukan luar negara..
Makin dewasa..mimpi pun makin besar...tapi..bukan senang nak gapai..saya mimpikan keluarga yang bahagia..alhamdulillah Tuhan kabulkan..malah Tuhan bagi lebih dari apa yang saya mimpikan..suami yang cukup penyayang..anak yang comel..rumah yang lengkap perkakasannya...alhamdulillah..
Ada lagi beberapa mimpi yang macam mustahil nak dicapai..tapi..selagi saya dapat usahakan..saya akan berusaha menggapainya..Tak salah bermimpi kan..kerana dari mimpilah kita ada matlamat..bila ada matlamat..kita ada fokus dan kita akan cuba usahakannya walaupun mengambil masa yang panjang..mungkin kita takkan tahu hasilnya sehinggalah kita dapat..mungkin lebih dari yang di mimpikan..hanya Tuhan yang tahu..teruskan bermimpi dan berusaha..Tuhan akan membantu..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment