assalamualaikum..
Alhamdulillah...pada 5 Januari 2009 yang lalu, saya diminta oleh PPD Gombak untuk melaporkan diri sebagai GSTT di Sek. Men. Keb. Gombak Setia.Minggu pertama lapor diri, saya diberi tugas mengajar Sains Form 1 dan 3. Tugasan yang agak mencabar memandangkan saya tiada latihan perguruan dan tak terlatih..sebab tu lah jawatan guru ni dinamakan "Guru Sandaran Tak Terlatih"..Namun alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun di uji dengan ragam 'hero' dan 'heroin' kelas. Pengalaman paling best, Form 2RS yang menduduki tangga agak terbawah dalam ranking susun atur kelas. Saya terpaksa meninggikan volume suara walaupun sedang berbadan dua memandangkan keadaan kelas yang tidak terkawal dan terlalu bising. Nasib baik lah baru Form 2..saya memulakan pelajaran dengan brain wash satu kelas..mungkin kerana niat saya yang suci murni untuk mendidik mereka..alhamdulillah kelas di hari yang berikutnya agak terkawal dan mendengar perintah..Mungkin inilah cabaran yang terpaksa diharungi oleh guru-guru saya di suatu ketika dahulu dalam perjalanan untuk mendidik pelajar menjadi INSAN..
No comments:
Post a Comment