Inginku...lukiskan nota-nota...
Laguku..mengikut rentak gitar...
Dengarkan suara..mimpiku bertemakan namamu...Senantiasa selalu...
Sedalam tinggi...seluas jauh..
Begitulah cita-citaku...sekiranya kau ingin tahu...
Selama ini...hingga ke akhirnya...
Suka duka senyum selalu...Kita bersama punya satu...
Mimpi...
haaa...begitu indah lirik lagu Daniel Lee..pernah menang Malaysian Idol bagi sapa-sapa yang tak kenal..MIMPI...sejak kecil saya banyak sangat mimpi..ada yang di capai..ada yang hampir tercapai..ada yang tak tercapai..yang tercapai tu sebab mustahil pun nak gapai..nama lagi MIMPI kan..
''bila saya besar,saya nak jadi doktor''..itulah yang selalu tercatat dalam buku karangan bahasa melayu sekolah rendah darjah 1 sampai darjah 6..Masuk tingkatan 1,mimpi dah bertukar tapi kabur dan macam tiada fokus..masih lagi DOKTOR sebagai cita-cita utama..tapi dibayangi cita-cita lain..dah besar kan..mula la berkhayal..macam-macam lah nak jadi bila besar nanti..dan ia berlalu begitu sahaja..
Masa di tingkatan 5,bila saya tengok pelajar2 malaysia yang belajar di luar negara buat ucapan raya untuk keluarga,saya berangan yang satu hari nanti saya akan berada di tempat mereka..dan yang pasti saya tak kesah bidang apa pun saya belajar di negara asing tu..asalkan saya dapat naik kapal terbang dan berada di sana....fuuhh..bahagianya dalam hati dapat bermimpi..dan...mimpi tu separuh saya dapat gapai..saya dapat tawaran belajar di Universiti Malaysia Sabah..maknanya dapat naik kapal terbang...alhamdulillah..Tuhan makbulkan mimpi saya..walaupun bukan luar negara..
Makin dewasa..mimpi pun makin besar...tapi..bukan senang nak gapai..saya mimpikan keluarga yang bahagia..alhamdulillah Tuhan kabulkan..malah Tuhan bagi lebih dari apa yang saya mimpikan..suami yang cukup penyayang..anak yang comel..rumah yang lengkap perkakasannya...alhamdulillah..
Ada lagi beberapa mimpi yang macam mustahil nak dicapai..tapi..selagi saya dapat usahakan..saya akan berusaha menggapainya..Tak salah bermimpi kan..kerana dari mimpilah kita ada matlamat..bila ada matlamat..kita ada fokus dan kita akan cuba usahakannya walaupun mengambil masa yang panjang..mungkin kita takkan tahu hasilnya sehinggalah kita dapat..mungkin lebih dari yang di mimpikan..hanya Tuhan yang tahu..teruskan bermimpi dan berusaha..Tuhan akan membantu..InsyaAllah
Monday, April 26, 2010
Monday, April 5, 2010
PENYAKIT HATI
Kenapa agaknya orang menyebar fitnah dengan sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatannya itu?Tidakkah mereka mereka itu sedar yang membuat fitnah yang sah sah PALSU itu adalah BESAR dosanya daripada membunuh..(kalaulah DOSA itu boleh nampak bentuknya macam seketul batu,agaknya tak ada sesiapa pun yang berani membuat kemungkaran di bumi Allah ni)..
Apa yang dah berlaku ni..???
Dengan suasana dan keadaan semasa sekarang..sesiapa pun berani membuat cerita yang tak pernah berlaku pun demi untuk memuaskan hati masing-masing..Kesannya..hilanglah kehormatan dan kepercayaan org lain pada orang orang yang difitnah itu..
Apatah lagi mereka mereka yang melontarkan fitnah ini adalah dari golongan yang 'ada'..bijak..berilmu..Apa yang mereka nak buktikan?
Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan membuka pintu hati mereka ke jalan yang lurus..jalan yang benar
Subscribe to:
Posts (Atom)