Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Chai

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada kaum Cina di seluruh Malaysia..
Berbalik pada saya..cuti sekolah selama 3 hari bermula isnan hinggalah hari rabu..cuti memangla seronok sebab dapat rehatkan diri..tapi kurang best sebab tak dapat balik kampung...isk..isk..isk...sedih betul..Hajat nak bercuti di kampung terpaksa dipendam sebab suami keja berselang-seli dengan cuti..tak dapat cuti panjang..kena keja..
Cuti yang agak panjang ni dapatlah digunakan sepenuhnya untuk mententeramkan jiwa..memandangkan saya akan menghadapi karenah pelajar menjelang bukanya sekolah hari khamis bersamaan 29hb Jan 2009.Tanggungjawab tetap akan dilaksanakan dengan penuh amanah.

Wednesday, January 21, 2009

Guru Sandaran Tak Terlatih @ GSTT

assalamualaikum..
Alhamdulillah...pada 5 Januari 2009 yang lalu, saya diminta oleh PPD Gombak untuk melaporkan diri sebagai GSTT di Sek. Men. Keb. Gombak Setia.Minggu pertama lapor diri, saya diberi tugas mengajar Sains Form 1 dan 3. Tugasan yang agak mencabar memandangkan saya tiada latihan perguruan dan tak terlatih..sebab tu lah jawatan guru ni dinamakan "Guru Sandaran Tak Terlatih"..Namun alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun di uji dengan ragam 'hero' dan 'heroin' kelas. Pengalaman paling best, Form 2RS yang menduduki tangga agak terbawah dalam ranking susun atur kelas. Saya terpaksa meninggikan volume suara walaupun sedang berbadan dua memandangkan keadaan kelas yang tidak terkawal dan terlalu bising. Nasib baik lah baru Form 2..saya memulakan pelajaran dengan brain wash satu kelas..mungkin kerana niat saya yang suci murni untuk mendidik mereka..alhamdulillah kelas di hari yang berikutnya agak terkawal dan mendengar perintah..Mungkin inilah cabaran yang terpaksa diharungi oleh guru-guru saya di suatu ketika dahulu dalam perjalanan untuk mendidik pelajar menjadi INSAN..